Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025)
Thursday, 07 August 2025
7 Ogos 2025
13 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YTM Dato’ Dr. Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar, Pakar Perunding Kanan & Ketua Unit Geriatrik Hospital Selayang dan Ketua Perkhidmatan Geriatrik Negeri Selangor; YBrs. Dr. Tay Hui Sian, MCGM Organising Chair serta YBrs. Dr. Alan Ch’ng Swee Hock, MSGM President.
Perubatan Geriatrik adalah cabang perubatan yang khusus menangani penjagaan kesihatan warga emas. Ia merangkumi aspek klinikal, pencegahan, pemulihan, dan sosial bagi individu yang lanjut usia, dengan mengambil kira perubahan fizikal, mental, dan sosial yang berlaku seiring dengan usia.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga persidangan selama tiga hari ini yang dihadiri oleh pengamal perubatan daripada seluruh Malaysia ini dapat memberi impak yang besar dalam dunia perubatan agar dapat membantu merawat serta mencegah penyakit-penyakit yang dihidapi oleh pesakit.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
Thursday, 07 August 2025
6 Ogos 2025
12 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 di Bukit Peringgit, Melaka untuk beramah mesra dan bertanya khabar. TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar YABhg Tun Khalil sentiasa sihat wal’afiat dan dalam pemeliharaan Allah SWT jua.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC
Thursday, 07 August 2025
6 Ogos 2025
12 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC dan Pengenalan Rasmi Barisan Pemain Melaka FC untuk musim Liga Super 2025.
Hadir sama YB. Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan NGO; YBhg. Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), YBhg. Datuk Wira Haji Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Melaka FC.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YDH. IG Dato’ Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara ke-15
Thursday, 07 August 2025
6 Ogos 2025
12 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YDH. IG Dato’ Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara ke-15.


- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Mesyuarat Yayasan Tuan Terutama (TYT)
Wednesday, 06 August 2025
5 Ogos 2025
11 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Mesyuarat Yayasan Tuan Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pemegang Amanah Yayasan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Roslan bin Ahmad, Pemegang Amanah Yayasan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Puan Siti Ainshah binti Osman.
Usai selesai mesyuarat TYT Tun Seri Setia mendengar taklimat penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Ketua Menteri Melaka


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komissioner Jeneral Penjara Malaysia dan YBrs. TKJP Ahmad Faudzi bin Awang, Timbalan Komissioner Jeneral Penjara (Pemasyakatan)
Monday, 04 August 2025
4 Ogos 2025
10 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komissioner Jeneral Penjara Malaysia dan YBrs. TKJP Ahmad Faudzi bin Awang, Timbalan Komissioner Jeneral Penjara (Pemasyakatan).
Turut hadir YBrs. TKP Zaidi Bin Hamid, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling; YBrs. TKP Rosman Bin Norman @ Normin, Pengarah Penjara Melaka; YBrs. TKP Khairil Nizam Bin Anuar, Pengarah Penjara Sungai Udang serta YBrs. Encik Ramli Bin Umar, Ketua Unit Penahanan dan Pelaksanaan Hukuman.


- Published in Arkib Berita, Berita
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57
Monday, 04 August 2025
3 Ogos 2025
9 Safar 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57, Peringkat Kontinjen Melaka tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI).
Pelbagai aktiviti dan jualan telah dijalankan sepanjang Sambutan Hari PERKEP ke-57. Antara aktiviti yang menarik adalah pertandingan memasak mee segera, gubahan bunga, gubahan sirih junjung, deko kek serta ukiran buah tembikai.
Turut hadir YBhg. Datin Rushaslinda binti Muhammad, Pengerusi PUSPANITA Melaka; YBhg. Datin Diana Aini binti Mokter, Pengerusi PERKEP Melaka dan YBhg. Datin Zailifah binti Ali, Pengerusi BAKAT 3 Divisyen Melaka.
Tahniah diucapkan kepada pasukan dari Istana Melaka yang berjaya merangkul juara bagi pertandingan ukiran buah tembikai.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka
Monday, 04 August 2025
2 Ogos 2025
8 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka di Rumah Sejahtera Bukit Baru, Bukit Pulau, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka
Monday, 04 August 2025
1 Ogos 2025
7 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Turut hadir YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Md Nasir bin Ghani, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Malaysia dan YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan beberapa pesakit dan mendoakan agar semuanya cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datin Rushaslinda Binti Muhammad, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia ( PUSPANITA )
Thursday, 31 July 2025
30 Julai 2025
5 Safar 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datin Rushaslinda Binti Muhammad, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia ( PUSPANITA ) Cawangan Negeri Melaka di Istana Melaka.
Turut hadir YBhg. Datin Haslinda Binti Mokhdar, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Melaka, YBhg. Datin Norharizwati Binti Rabin, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Melaka dan Ahli – Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Negeri Melaka


- Published in Arkib Berita, Berita










