Penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Friday, 14 March 2025
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTEM, memberikan penghormatan terakhir kepada pegawai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) iaitu Allahyarham Encik Al-Qais Bin Alias, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CDO) di Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka, yang telah kembali ke Rahmatullah akibat terlibat dengan kemalangan pada hari semalam, 13 Mac 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Iftar bersama warga UTeM
Friday, 14 March 2025
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir ke Majlis Iftar bersama warga UTeM yang diadakan diperkaranagan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Melaka.
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr, Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Dato’ Seri Hasan Malek, Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBhg. Datuk Hajjah Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Holdings Sdn Bhd; YBrs. Puan Rusnah Binti Aluai, Ahli Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Di majlis ini TYT Tun Seri Setia telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Jubli Perak (25 tahun) UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan daripada Tabung Amal Jariyah Pusat Islam, Peruntukan Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Zakat Individu kepada 50 orang pelajar asnaf UTeM.
Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Isyak serta Tarawih secara berjemaah di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada imam dan masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka
Friday, 14 March 2025
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka.
Program memasak bubur lambuk ini telah bermula daripada pagi dengan penglibatan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bersama-sama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai
Friday, 14 March 2025
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang Bukit Rambai serta menyampaikan sumbangan bingkisan Ramadan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Haji Abdul Rahman bin Che Man di kediamannya di Kampung Baru Tanjung Minyak Jaya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning
Thursday, 13 March 2025
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kampung Simpang Empat, Taboh Naning, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap ADUN Taboh Naning dan YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Masjid Al-Muhsinin, Kampung Melekek Luar bagi menunaikan Solat Isyak dan Tarawih serta bermoreh bersama para jemaah masjid.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua buah masjid serta sumbangan bingkisan Ramadan kepada para jemaah.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi
Thursday, 13 March 2025
13 Mac 2025
12 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara Malaysia turut mengemukakan Prestasi Kewangan Negeri Melaka dan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka bagi Tahun 2023.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan; YBrs. Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka; YBrs. Puan Siti Fatimah binti Mansor, Timbalan Pengarah Audit Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Kampung Hulu, Melaka
Wednesday, 12 March 2025
12 Mac 2025
11 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Kampung Hulu, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Md Nazri bin Zawawi
Wednesday, 12 March 2025
12 Mac 2025
11 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka serta isteri YBhg. Datin Shahida binti Salleh di Istana Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Jabatan, Agensi & IPT di Istana Melaka
Wednesday, 12 March 2025
11 Mac 2025
10 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Anak Syarikat Dan Institusi Pengajian Tinggi di Istana Melaka.
Turut hadir YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YA Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi (2) Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YAA Tuan Haji Azzeman bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 12 March 2025
11 Mac 2025
10 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita










