Salam Takziah
Friday, 03 January 2025
27 Disember 2024
25 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam di atas pemergian dua (2) penuntut UTeM yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 187.6 Lebuh Raya Utara Selatan, pada pagi 26 Disember 2024 lalu.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga roh Allahyarhamah Nurul Syafiqah Nasruddin dan Allahyarhamah Nurhanis Afryna Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah dirahmati Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar Cik Nur Hanis Suraya Supiyan dan Cik Azwalidiya Azman yang turut cedera dalam kemalangan yang sama agar segera sembuh seperti sediakala.
Kepada semua ahli keluarga yang terlibat, TYT Tun Seri Setia berharap agar bersabar dalam menghadapi saat duka ini.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat Perpisahan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah
Friday, 03 January 2025
26 Disember 2024
24 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka yang akan bersara wajib pada 3 Januari 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan bakti semasa berkhidmat di Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
Friday, 03 January 2025
25 Disember 2024
23 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman meluangkan hari cuti umum dengan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara
Friday, 03 January 2025
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya yang telah mengorbankan tujuh orang di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
TYT Tun Seri Setia turut bertemu dengan ahli keluarga dan waris mangsa terkorban di Bahagian Forensik Hospital Melaka, serta menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kejadian maut tersebut.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Hospital Melaka disambut oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi mangsa-mangsa kemalangan yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa.
Nahas yang melibatkan sebuah bas persiaran, sebuah kenderaan MPV dan dua buah lori ini telah mengorbankan lima sekeluarga dalam sebuah MPV termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Manakala, dua lagi mangsa yang maut adalah pemandu bas dan seorang penumpang bas persiaran.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa yang terkorban dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang beriman. Aameen.
Al-Fatihah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Friday, 03 January 2025
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman
Friday, 03 January 2025
23 Disember 2024
21 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman iaitu kakak kepada YABhg. Toh Puan yang diadakan di Surau Al-Ihsan, Bemban, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Friday, 03 January 2025
22 Disember 2024
20 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Rahman meraikan Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi.
Usai selesai majlis makan malam TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan membawa TYT Tun Pehin Sri serta YABhg. Toh Puan menyelusuri Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim
Thursday, 02 January 2025
21 Disember 2024
19 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Rahman hadir menyaksikan Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.
Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini, berkisar kemaharajaan maritim di Selat Melaka, yang bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain hingga jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada 1511.
Ucapan tahniah kepada JKKN dan barisan produksi Sulalat’us- Salatin kerana berjaya mengeluarkan satu karya pensejarahan yang lengkap untuk membolehkan kita menghayati sejarah Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kejatuhan empayar ini.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore
Thursday, 02 January 2025
20 Disember 2024
18 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore di Stadium Bukit Jalil.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh
Thursday, 02 January 2025
20 Disember 2024
18 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bersama-sama jemaah menunaikan solat jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Mohamad Zoher bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Pak Syed Lelong @ Abang Chik yang kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan di Ayer Keroh.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










