Lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2
Friday, 06 December 2024
24 November 2024
22 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni mangsa banjir semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Melaka yang menempatkan 38 keluarga.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia turut melawat kawasan banjir di Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Utama.





- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia antara Melaka FC menentang Terengganu FC
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia antara Melaka FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Tahniah kepada pasukan Terengganu FC yang telah menang dengan keputusan 4 berbalas 1 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan S.I. Senin bin Che Mat
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir meraikan Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Pengiring Rapatnya, S.I. Senin bin Che Mat iaitu Cik Shakira Shuhada binti Senin & Pasangannya Encik Khairul Ikhwan bin Roslan di MITC, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka di Red Zone, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta sahabat lama, Ustaz Abdul Khalil bin Abdullah, yang juga mantan Pegawai Seranta Melaka yang kini sedang mendapatkan rawatan di wad D4 (Ortopedik) Hospital Melaka.
YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka dan YBrs. Dr. Sharifah binti Omar, Timbalan Pengarah (Perubatan) telah mengiringi TYT Tun Seri Setia semasa di Hospital Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam, Jln Klebang Kecil, Kampung Pinang Batang Tiga, Tanjung Kling
Friday, 06 December 2024
22 November 2024
20 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam, Jln Klebang Kecil, Kampung Pinang Batang Tiga, Tanjung Kling, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyantuni para jemaah serta menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KEJOHANAN “32ND MAKAF NATIONAL CADET, JUNIOR & U21 KARATE CHAMPIONSHIP 2024”
Friday, 06 December 2024
22 November 2024
20 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian bagi Kejohanan 32nd Malaysia Karate Federation (MAKAF) National Cadet, Junior & U21 Karate Championship 2024 yang diadakan di Dewan Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir mengiringi TYT Tun Seri Setia YB. Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden MAKAF.
Kejohanan yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan disertai oleh lebih 500 peserta daripada 30 pasukan yang akan bertanding dalam 40 kategori.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
DUTA BESAR MALAYSIA KE ALGERIA MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
15 November 2024
13 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Encik Rizany Irwan, Duta Besar Malaysia ke Algeria.

- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENDAKWA SYARIE SERTA PENDAKWA-PENDAKWA SYARIE NEGERI MELAKA
Tuesday, 03 December 2024
15 November 2024
13 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBrs. Tuan Atras bin Mohamad Zin, Ketua Pendakwa Syarie Serta Pendakwa-Pendakwa Syarie Negeri Melaka di Istana Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JHEV ATM KEPADA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
14 November 2024
12 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Datuk Seri Hj Mohamad Fazil bin Hj Shafie, Yang di-Pertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka; Lt Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Fksekutif Yayasan Veteran ATM; Lt Kolonel Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen JHEV ATM; Mejar Mohammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM dan Mejar Muhammad Zarifi bin Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka/Negeri Sembilan.


- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN EXCO NEGERI PERAK
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Salbiah Mohamed, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Hadir sama YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Puan Salina Samsudin, Naib Pengerusi Sekretariat Pembangunan Wanita serta Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

- Published in Arkib Berita, Berita










