Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau
Friday, 17 October 2025
16 Oktober 2025
23 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Forum Perdana Hal Ehwal Islam (FPHEI) Islam Serantau yang diadakan di MITC, Ayer Keroh.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Okhna Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Forum Perdana Ehwal Islam Serantau ini telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia; YBrs. Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura; Yang Terhormat Bapak Prof. Dr. H. Phil. Kamaruddin Amin, Sekretaris Jenderal Kementerian Agama Republik Indonesia serta Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada TYT Salah Mohammed Al-Sorour
Friday, 17 October 2025
16 Oktober 2025
23 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBrs. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah
Thursday, 16 October 2025
15 Oktober 2025
22 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing bersama delegasi Pejabat Daerah Mersing.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Perpisahan daripada YDH Tuan Nadzri bin Che Ani
Thursday, 16 October 2025
15 Oktober 2025
22 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Perpisahan daripada YDH Tuan Nadzri bin Che Ani, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Melaka yang akan bersara wajib.
Turut hadir Bakri bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kastam Negeri JKDM Melaka; YDH Tuan Norman bin Abidin, Penolong Kanan Pengarah Kastam I JKDM Melaka; YDH Tuan Mohd Tuah bin Mohamed, Penolong Pengarah Kastam JKDM Melaka dan YDH Tuan Abdul Hadi bin Suhaimi, Pegawai Kastam Kanan JKDM Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa
Wednesday, 15 October 2025
13 Oktober 2025
21 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa di antara Uruguay menentang Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Ladang Buah Tin AKE Benefigs
Wednesday, 15 October 2025
13 Oktober 2025
21 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Ladang Buah Tin AKE Benefigs bersama Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Kampung Tersusun DMDI, Selandar, Melaka.
Hadir sama YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI; YBhg. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin.
Ladang Buah Tin AKE Benefigs Jasin ini merupakan ladang buah tin yang pertama di Melaka yang berkeluasan seluas 5 ekar ini baru sahaja diusahakan bermula dari bulan Mei yang lalu tapi telah berjaya mengeluarkan hasil dengan jayanya.
Yang menariknya orang ramai boleh datang ke ladang ini dan memetik sendiri buah di pokok serta terus menikmatinya.
Setelah selesai majlis TYT Tun Seri Setia bersama YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang melawat sekitar Kampung Tersusun DMDI dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid
Wednesday, 15 October 2025
13 Oktober 2025
21 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Malaysia.
Turut hadir YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia; Encik Zaidin bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Arkib Negara Malaysia; Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia; Encik Zulkifi bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Puan Intan Suhana binti Yusuff, Pengarah Perpaduan Negeri JPNIN Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis
Monday, 13 October 2025
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
12 Oktober 2025
20 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin lbni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis. Berangkat sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Turut berangkat YAM Tengku-Tengku Bergelar, Putera-Puteri dan Kerabat-Kerabat Diraja serta YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Najwa binti Osman.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku kekal bersemayam di bawah pemeliharaan Rabbul Jalil hendakNya. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diRaja sentiasa dibawah perlindungan daripada Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat, taufik, inayah, kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Seri Haji Naim bin Abu Bakar
Monday, 13 October 2025
11 Oktober 2025
19 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Seri Haji Naim bin Abu Bakar, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melawat mangsa kebakaran di Bukit Katil iaitu Puan Ngoo May Hwa dan anaknya Yeoh Kwee Yee di Unit Rawatan Rapi Hospital Melaka serta beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi Puan Alimah binti Said yang baru menjalani pembedahan di kediamannya di Merlimau.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar semuanya diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Sabirin, Kampung Gelam, Tanjung Kling
Monday, 13 October 2025
10 Oktober 2025
18 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Sabirin, Kampung Gelam, Tanjung Kling dan menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta warga emas.
Turut hadir YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka dan Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menyantuni Puan Fatimah binti Ahmad yang telah berumur 101 tahun di kediamannya di Tangga Batu.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










