Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Allex Seah Shoo Chin
Monday, 22 April 2024
21 April 2024
12 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kesidang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Memeriahkan empat (4) buah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
Monday, 22 April 2024
20 April 2024
11 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan empat (4) buah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri antaranya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya seterusnya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kuala Linggi.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam merangkap ADUN Ayer Limau serta Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Dr Muhamad Akmal bin Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap ADUN Merlimau.





- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Abdul Aziz bin Engan & YB Datuk Salhah binti Salleh
Monday, 22 April 2024
19 April 2024
10 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran YB Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka & YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas khusus untuk Allahyarham Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang telah kembali ke rahmatullah.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Telok Mas serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Zaidi bin Johari
Monday, 22 April 2024
19 April 2024
10 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Zaidi bin Johari di kediamannya di Kampung Tebong, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ihsan, Kampung Tebong seterusnya menunaikan Solat Jenazah yang telah diimamkan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Ihsan, Kampung Tebong.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Al-Fatihah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari
Friday, 19 April 2024
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Satu kehilangan besar kepada Negeri Melaka. Peranan Allahyarham dalam Kerajaan Negeri Melaka amatlah besar. Jasa dan sumbangan beliau akan dikenang sepanjang hayat.
Kepada keluarga Allahyarham, saya seisi keluarga mengucapkan salam takziah dan berharap agar redha dan tabah dengan ketentuan Ilahi ini.

- Published in Arkib Berita, Berita
Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim
Friday, 19 April 2024
18 April 2024
9 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim, Adun Pantai Kundor di Arena Petanque, Pantai Kundor, Melaka


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom binti Nordin
Thursday, 18 April 2024
17 April 2024
8 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom binti Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka merangkap ADUN Pengkalan Batu serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Lim Ban Hong, ADUN Klebang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBrs. PKPj Adi Supian bin Shafie
Thursday, 18 April 2024
17 April 2024
8 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. PKPj Adi Supian bin Shafie, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.
Turut hadir YBrs. PPj Dzul Azmi bin Yahya, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Melaka dan YBrs. Psk Norhafizah binti Othman, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Tuesday, 16 April 2024
16 April 2024
7 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Aidilfitri TAS Industries Sdn Bhd
Monday, 15 April 2024
14 April 2024
5 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) HajahAsmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Aidilfitri TAS Industries Sdn Bhd yang diadakan di Kuala Lumpur.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj turut mencemar duli hadir ke majlis tersebut.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










