Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Thursday, 23 November 2023
22 November 2023
8 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023
Monday, 20 November 2023
19 November 2023
5 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023 di dewan bola keranjang MBMB Bukit Serindit Melaka.
Dua kategori dipertandingkan pada peringkat akhir iaitu beregu (double) antara pasukan PDRM dengan pasukan Phitsanulok TC dan regu antara pasukan Perak dengan pasukan Negeri Sembilan.
Tahniah kepada pasukan Perak kerana telah menjuarai kategori regu Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2023 dengan menewaskan pasukan Negeri Sembilan serta syabas kepada pasukan PDRM yang menjadi Johan dalam kategori beregu (double) setelah menewaskan pasukan Phitsanulok TC.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pasukan dan juga penganjur serta semua yang bertungkus lumus menjayakan Pertandingan Sepaktakraw Piala Tun Ali pada tahun ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38
Monday, 20 November 2023
19 November 2023
5 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-38 Bagi Tahun 2021/2022 yang diadakan di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Olahragawati Harapan kepada Nurul Syasya Khairina binti Samsur (Atlet Angkat Berat) dan Anugerah Olahragawan Harapan kepada Muhammad Hafiq bin Mohd Jafri (Atlet Berbasikal). Manakala bagi Anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawati telah disandang oleh Sydney Chin Sy Xuan (Atlet Wushu) dan Anugerah Olahragawan telah disandang oleh Aaron Chia Teng Fong (Atlet Badminton).


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia
Monday, 20 November 2023
17 November 2023
3 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Deepavali 2023 Majlis Olimpik Malaysia di Subang Jaya, Selangor.
Hadir sama YBhg. Tan Sri Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM); YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).
Majlis turut diraikan bersama atlet-atlet Malaysia yang menyambut Deepavali.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Krzystof Dobrowolski
Friday, 17 November 2023
16 November 2023
2 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Krzystof Dobrowolski, Duta Besar Poland Ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia dan TYT Abdelhafid Bounour
Thursday, 16 November 2023
15 November 2023
1 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Mr. Mohamed Alsadek Attia, Duta Besar Libya ke Malaysia dan TYT Abdelhafid Bounour, Duta Besar Algeria ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Lawatan Rasmi ke Negara Brunei Darussalam
Friday, 10 November 2023
9 November 2023
25 Rabiulakhir 1445H
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta delegasi daripada Melaka di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Berlepas ke Negara Brunei Darussalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Thursday, 09 November 2023
8 November 2023
24 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berlepas ke Negara Brunei Darussalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sempena Lawatan Rasmi ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diiringi YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Konvokesyen Ke-19 UTeM
Tuesday, 07 November 2023
4 November 2023
20 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-19 UTeM bagi yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk, Melaka.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Halim Saad, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Pada sesi ini berlangsung Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus kepada YBhg. Professor Dato’ Dr. Abu bin Abdullah dan Graduan Syed Abrar bin Syed Ahmad Zawawi serta Navhin Muthusamy telah berjaya mendapat Anugerah Pelajar DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Majlis Konvokesyen Ke 19 ini akan berlangsung selama 6 sesi bermula 4 November hingga 6 November 2023. Seramai 3378 graduan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma pada Majlis kali ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama
Tuesday, 07 November 2023
3 November 2023
19 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hjh Asmah Binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam “Governor Cup” Edisi Kedua tahun 2023 dan Liga Bola Jaring Piala Yang Amat Berbahagia Toh Puan edisi pertama tahun 2023 di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia; YB.Puan Hajah Alwiyah Binti Talib, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan YBhg. Datuk Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Sebanyak 16 pasukan bola sepak dan 16 pasukan bola jaring yang akan merebut piala kejohanan pada edisi kali ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










