Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H
Tuesday, 30 September 2025
28 September 2025
6 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia
Monday, 29 September 2025
28 September 2025
6 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Mr. Thok Sokhom, Secretary of State; Mr. Katoeu Mohammad Nossry, Secretary of State; Ms. Sin Sokponloeu, Secretary of State; Mr. Mohammat Younes, Undersecretary of State dan Mr. Chuk Chumno, Director General, General Department of Tourism Development and International Cooperation.


- Published in Arkib Berita, Berita
Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025)
Monday, 29 September 2025
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025) telah diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC.
Penganjuran Visit Malaysia Travel Meet 2025 selama 3 hari ini menjadi platform strategik yang menghimpunkan lebih 400 penggiat industri pelancongan dari seluruh negara di bawah satu bumbung yang mempamerkan pameran pelancongan serta destinasi ikonik Malaysia yang menarik untuk dikunjungi sempena World Tourism Day dan Tahun Melawat Malaysia 2026.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026
Monday, 29 September 2025
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang turut disaksikan delegasi pelancongan dari seluruh dunia.
Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) telah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang di bumi bersejarah Melaka, sekali gus menjadi simbolik penting sektor pelancongan negara pada tahun depan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; menteri-menteri pelancongan serta delegasi luar negara yang hadir serta lain-lain kenamaan.
Turut hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Malam ini Melaka turut mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBOR) bagi sektor pelancongan apabila berjaya menghimpunkan seramai 3,224 penari yang mempersembahkan tarian zapin secara serentak.
Turut dipersembahkan 1,000 buah dron yang diterbangkan bagi membentuk pelbagai formasi sempen Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 dan bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di Encore Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir
Monday, 29 September 2025
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir yang merupakan pramusaji di Istana Melaka.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AlFatihah.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China
Monday, 29 September 2025
26 September 2025
4 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau Daerah Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di perkarangan Masjid Al Wakil, Lubok China, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hafazan, Bercerita Kisah Dalam Al-Quran, Azan Subuh, Tulisan Khat, Tilawah, Hafazan Doa Harian dan Mewarna serta sumbangan kepada murid-murid yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan pelajar-pelajar yang DUN Ayer Limau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj
Friday, 26 September 2025
اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj. Kehormat (PA) Dato’ (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah, pengasas Restoran Mohd Chan yang telah kembali ke Rahmatullah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melihat pengembumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 2.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan takziah kepada ahli keluarga di atas kehilangan orang yang tersayang dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship
Friday, 26 September 2025
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) mendengar taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship dan lawatan tapak kejohanan di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan.
Taklimat serta penerangan berkenaan kejohanan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Manakala taklimat keselamatan telah disampaikan oleh YDH. Datuk Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan.
Kejohanan WKF Karate 1 – Series A 2025 ini akan berlangsung daripada 3 – 5 Oktober 2025 yang akan disertai oleh lebih 1000 atlet daripada lebih 80 negara bertanding merebut gelaran juara dunia.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Friday, 26 September 2025
24 September 2025
2 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengiringi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Container AKMAL Challenge (CoACh) merupakan satu inovasi latihan berkonsepkan cabaran fizikal dan mental yang dirangka dalam bentuk simulasi. Ia bukan sekadar medan untuk menguji kecergasan semata-mata, tetapi juga ruang pembentukan karakter, daya tahan mental, kepimpinan serta kerja berpasukan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; dan Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka
Friday, 26 September 2025
23 September 2025
1 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka.
Majlis pada hari ini diadakan bagi memberi peluang serta waktu buat Pesara-Pesara dari era CEB/LLN/TNB untuk bertemu, beramah mesra bersama TYT Tun Seri Setia yang pada suatu ketika dahulu merupakan rakan sekerja di Central Electricity Board (CEB) di Jalan Bendahara, Melaka sebagai kerani pada Februari 1969.
TYT Tun Seri Setia sepanjang berkhidmat menggambarkan keceriaan watak dan keikhlasan perpaduan yang ditunjukkan tun kepada rakan-rakan sekerja yang berbilang kaum dan agama serta seorang yang terkenal dengan segak dan kacak semasa berkerja di sana.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










