Majlis Makan Malam Ukiran Budi Sulaman Kasih sempena Merintis 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin
Saturday, 11 February 2023
11 Februari 2023
20 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam Ukiran Budi Sulaman Kasih sempena Merintis 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin sejak penubuhannya pada tahun 1924.
TYT Tun Seri Setia yang juga merupakan bekas pelajar di sekolah ini mengucapkan tahniah di atas kemajuan yang dicapai. Turut diraikan persaraan seorang guru iaitu Puan Saraswathy yang telah mencurahkan baktinya sebagai guru selama 34 tahun.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Adli bin Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah di Istana Melaka, Bukit Beruang
Friday, 10 February 2023
10 Februari 2023
19 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Adli bin Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia berkesempatan menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat di atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mengenai projek Sinarmas land -BSD city (Bumi Serpong Damai) di Tengarang, Jakarta
Thursday, 02 February 2023
2 Februari 2023
11 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mendengar taklimat mengenai projek Sinarmas land -BSD city (Bumi Serpong Damai) di Tengarang, Jakarta semasa mengadakan lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia.
Taklimat telah diberikan oleh Mr. Perry Periatna Handjaya, CEO Business Initiatives, Research and Development; Mr. bertram Dung Loy Wong, Masterplanner BSD City dan Mr. Ignesjz Kemalawarta, Advisor President Office.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah World MuslimPreneur Awards di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur.
Saturday, 28 January 2023
28 Januari 2023
6 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Anugerah World MuslimPreneur Awards yang di adakan di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur.
Buat julung-julung kalinya, Majlis Anugerah World Muslimpreneur dianjurkan bagi mengiktiraf, meraikan serta menghargai usahawan serta jenama milik perniagaan muslim di Malaysia.
Sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2022, dunia diuji dengan Pandemik sekaligus menyaksikan impaknya sangat besar terhadap semua cabang ekonomi serta industri.
Namun begitu, apabila di lihat dari sudut positif, era Pandemik telah melahirkan golongan usahawan yang berdaya tahan serta lebih pragmatik dalam memastikan survival perniagaan serta jenama mereka.
Menyedari hakikat ini, Anugerah World Muslimpreneur dianjurkan bagi mengiktiraf usahawan serta jenama milik perniagaan Muslim yang telah membuktikan kemampuan serta daya saing mereka di dalam setiap cabang industri sepanjang era pandemik ini sekaligus menjadikan mereka antara pernigaan serta jenama yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang anugerah semoga terus maju jaya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC bagi merebut Piala Governor Cup Melaka 2022 julung kalinya yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka
Wednesday, 25 January 2023
25 Januari 2023
3 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC bagi merebut Piala Governor Cup Melaka 2022 julung kalinya yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka; YB. VP Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka; YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Prof. Ir. Dr. Ghazali bin Omar, Timbalan Naib Canselor UTeM; YBhg. Datuk Wira Sazali Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, UTeM Holdings dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka.
Tahniah Pasukan MBMB Warriors FC mencipta kejuaraan sempena Governor Cup Melaka 2022.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Jalan Tambak Bugis, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka
Friday, 20 January 2023
20 Januari 2023
27 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Jalan Tambak Bugis, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Istana Melaka
Wednesday, 18 January 2023
18 Januari 2023
25 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Istana Melaka.
Turut hadir YM Dato’ Lela Bongsu, Haji Muhamad Fairuz bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip; YM Dato’ Lela Putera, Dato’ Kamarul Nizam bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip; YM Dato’ Lela Paduka, Dato’ Kamarul Halim bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip dan YM Dato’ Lela Pahlawan, Dato’ Zulkarnain Shah bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 18 January 2023
18 Januari 2023
25 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YBhg. Datin Hajah Khatizah Polo, Pengerusi Lembaga Pelawat, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Daerah Sandakan, Sabah
Tuesday, 17 January 2023
17 Januari 2023
24 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Datin Hajah Khatizah Polo, Pengerusi Lembaga Pelawat, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Daerah Sandakan, Sabah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka
Monday, 16 January 2023
16 Januari 2023
23 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










