Taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship
Friday, 26 September 2025
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) mendengar taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship dan lawatan tapak kejohanan di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan.
Taklimat serta penerangan berkenaan kejohanan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Manakala taklimat keselamatan telah disampaikan oleh YDH. Datuk Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan.
Kejohanan WKF Karate 1 – Series A 2025 ini akan berlangsung daripada 3 – 5 Oktober 2025 yang akan disertai oleh lebih 1000 atlet daripada lebih 80 negara bertanding merebut gelaran juara dunia.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Friday, 26 September 2025
24 September 2025
2 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengiringi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Container AKMAL Challenge (CoACh) merupakan satu inovasi latihan berkonsepkan cabaran fizikal dan mental yang dirangka dalam bentuk simulasi. Ia bukan sekadar medan untuk menguji kecergasan semata-mata, tetapi juga ruang pembentukan karakter, daya tahan mental, kepimpinan serta kerja berpasukan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; dan Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka
Friday, 26 September 2025
23 September 2025
1 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka.
Majlis pada hari ini diadakan bagi memberi peluang serta waktu buat Pesara-Pesara dari era CEB/LLN/TNB untuk bertemu, beramah mesra bersama TYT Tun Seri Setia yang pada suatu ketika dahulu merupakan rakan sekerja di Central Electricity Board (CEB) di Jalan Bendahara, Melaka sebagai kerani pada Februari 1969.
TYT Tun Seri Setia sepanjang berkhidmat menggambarkan keceriaan watak dan keikhlasan perpaduan yang ditunjukkan tun kepada rakan-rakan sekerja yang berbilang kaum dan agama serta seorang yang terkenal dengan segak dan kacak semasa berkerja di sana.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Encik Shah Zulmizan bin Safar, Pengarah MARA Negeri Melaka
Friday, 26 September 2025
22 September 2025
29 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Encik Shah Zulmizan bin Safar, Pengarah MARA Negeri Melaka yang baru.




- Published in Arkib Berita, Berita
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ”Legasi Bomba The Movie” di GSC AEON Bandaraya Melaka
Friday, 26 September 2025
20 September 2025
27 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ”Legasi Bomba The Movie” di GSC AEON Bandaraya Melaka.
Filem ini bukan sekadar mempertontonkan aksi dramatik, malah menyelami erti sebenar semangat setiakawan, keberanian dan pengorbanan yang menjadi tunjang profesion anggota bomba tanpa takut, tanpa ragu, mereka terus melangkah, demi nyawa, demi negara.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Mantan Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Kumpulan Multimedia; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YS TPjB Tuan Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi JBPM; YS PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis. Pengarah Bahagian Udara JBPM; YS PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka.
Turut diadakan demostrasi penyelamatan mangsa akibat kebakaran oleh anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Bomba Malaysia.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan
Friday, 26 September 2025
20 September 2025
27 Rabiulawal 1447
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة.
امين.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan, seorang anggota daripada Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat semalam.
Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025)
Friday, 26 September 2025
19 September 2025
26 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) yang berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
MIHAS 2025 merupakan edisi ke-20 yang berlangsung daripada 17 hingga 20 September 2025 ini telah mencipta peluang untuk perniagaan Halal antarabangsa dan pengeksport dengan 2028 gerai pameran daripada 66 buah negara.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat reruai-reruai pameran dan pavilion negeri-negeri antaranya Pavilion Negeri Melaka, Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Negeri Perak.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU di antara Sada Holdings, Saudi & Zurif & Sons Sdn. Bhd. dan Muslim Watch Malaysia.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak Sungai Udang
Friday, 26 September 2025
19 September 2025
26 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak Sungai Udang dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak dan warga emas.
Bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia yang ke-92, telah disampaikan Khutbah Khas bertajuk Angkatan Masa Hadapan: Kedaulatan Dijulang, Pertahanan Diperkasa.
Sebelum itu, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Maznah binti Mat Jidi di Bukit Bayan serta Allahyarhamah Puan Hajah Rokiah Puteh di Taman Merbuk, Bukit Katil.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Jamuan Minum Petang bersama Petugas-Petugas Sempena Hari Jadi TYT Ke-76
Friday, 26 September 2025
17 September 2025
24 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Jamuan Minum Petang bersama Petugas-Petugas Sempena Hari Jadi TYT Ke-76.
Majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan petugas-petugas yang telah menjayakan Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Tun Ke-76 pada Ogos yang lepas.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa sempena cuti umum Hari Malaysia berkunjung ke Taman Rama-Rama & Reptilia
Thursday, 18 September 2025
16 September 2025
23 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa sempena cuti umum Hari Malaysia berkunjung ke Taman Rama-Rama & Reptilia Negeri Melaka.
Walaupun sudah berusia 35 tahun namun Taman Rama-Rama & Reptilia ini masih segar dan telah mencatatkan kehadiran seramai 200,000 pengunjung pada tahun lepas.
Bukan sahaja rama-rama disini terdapat pelbagai lagi haiwan antaranya labi-labi, labah-labah, ular, kumbang, burung untung serta banyak lagi.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melawat kebun anggur Philea Resort Melaka yang menawarkan minuman anggur tempatan serta melawat kebun jagung manis di Kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM).




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti