ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka
31 Ogos 2025
6 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka.
Kira-kira 7,780 peserta mewakili pasukan yang telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, meliputi wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka termasuk kelab, persatuan dan NGO
Turut menyertai perarakan ialah kenderaan-kenderaan pelbagai agensi antaranya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pada tahun ini turut diadakan flypast aset-aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang terdiri dari pesawat-pesawat pejuang dan pesawat angkut Tentera Udara DiRaja Malaysia. Flypast pertama merupakan pesawat jenis Sukhoi 30MKM dan diketuai sendiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Dato Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, yang merupakan Panglima Tentera Udara Yang ke-21.
Walaupun cuaca hujan pada sebelah pagi sebelum bermulanya majlis, ianya tidak mematahkan semangat peserta perbarisan termasuk ribuan rakyat Melaka yang telah hadir ke tapak majlis seawal jam 6.00 pagi, bagi menunjukkan semangat patriotik mereka serta kecintaan kepada Negara demi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 ini.Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura
30 Ogos 2025
5 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura yang berlangsung di Stamford Road, Singapura.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Madam Halimah Yacob, Mantan Presiden Republik Singapura.Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura Majlis Upacara Anugerah Ibu Teladan ke-32 Anjuran Jamiyah Singapura
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau
29 Ogos 2025
5 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi kenalan lama iaitu Encik Saaban yang sedang uzur dia kediamannya di Kampung Ayer Tawar.Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca

Tuesday, 02 September 2025 by tytmelaka
Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca
28 Ogos 2025
4 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca secara online anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Kelas pengajian anjuran DMDI dan kerjasama bersama Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah ini bertujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi di Seantero Dunia. Perasmian ini turut dihadiri oleh Anggota DMDI dari luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Mauritius, Maldives, United Kingdom, Afrika Selatan, Kemboja, Australia, Philippines dan Brunei.
Bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu-Polesia daripada rumpun bahasa Austronesia sejak abad ke-7 zaman kerajaan Srivijaya dan terus berkembang dizaman Kesultanan Melayu Melaka, Acheh dan Johor Riau hingga ke hari ini melibatkan seramai 300 juta orang dan menjadikan salah satu bahasa paling popular di dunia dan bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan sebahagian kecil Thailand, Filipina dan Vietnam dan tersenarai 10 bahasa paling sering dígunakan di dunia dan terletak diangka no.6 selepas bahasa Mandrin, Inggeris, Hindi, Sepanyol dan Arab.
Semoga program ini dapat memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Melayu ke seantero dunia secara global menerusi ‘on-line’ yang amat signifikan sekali dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan yang melibatkan guru-guru pakar Bahasa Melayu yang telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan akan dilaksanakan setiap hari sabtu jam 4 petang dan waktu ini yang amat bersesuaian untuk semua Negara mengikutinya terutama 23 buah Negara DMDI.Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca Perasmian Kelas Pengajian Bahasa Melayu Lingua Franca
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

Wednesday, 27 August 2025 by tytmelaka
perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa
26 Ogos 2025
2 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa, Setiausaha Agong Muslim World League (MWL).perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Tuesday, 26 August 2025 by tytmelaka
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka
25 Ogos 2025
1 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi kedua dan sesi ketiga sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

Tuesday, 26 August 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
24 Ogos 2025
30 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2025 yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka

Tuesday, 26 August 2025 by tytmelaka
stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka
24 Ogos 2025
30 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Dalam ucaptama TYT Tun Seri Setia menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka pimpinan YAB Ketua Menteri Melaka di atas penganugerahan The Asia HRD Awards 2025 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat) dan kejayaan Negeri Melaka melakar lebih daripada 100 inisiatif sehingga kini. Semoga hal ini akan membawa Negeri Melaka terus melangkah dengan penuh keyakinan menuju masa depan yang lebih cemerlang.
Turut ditegaskan bahawa kita haruslah mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi perkauman. Walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara, janganlah kebebasan itu disalahgunakan dengan menimbulkan isu-isu sensitif dan kontroversi yang boleh meretakkan tali persaudaraan dan merosakkan semangat muhibah sesama kita.
Juga berharap agar penilaian indikator pembangunan, pelaksanaan projek serta program melalui pelan strategik Melaka Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang telah dirangka dapat direalisasikan mengikut sasaran yang ditetapkan dan dalam tempoh masa yang dirancang serta perlulah sentiasa mengutamakan kepentingan serta keperluan rakyat.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan rasa bangga apabila Melaka mencipta sejarah baharu iaitu menjadi tuan rumah kepada Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 September 2025 ini serta berharap agar semua pihak dalam pentadbiran negeri dapat memastikan setiap urusan persiapan dilakukan dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab.
Dalam memperkasakan sektor pertanian TYT Tun Seri Setia memyokong penuh cadangan mewujudkan jelapang padi selatan yang akan menggabungkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Inisiatif ini amat penting bagi memastikan bekalan padi negara sentiasa mencukupi, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import beras dari luar.
TYT Tun Seri Setia menyeru agar sektor pertanian Negeri Melaka terus diperkukuh melalui pendekatan moden seperti Pertanian Pintar (Smart Farming), penggunaan teknologi digital, dron dan IOT serta penerapan amalan pertanian mampan bagi meningkatkan hasil dengan cara yang lebih efisien dan mesra alam.
Selain itu, penglibatan golongan belia dan graduan muda ke dalam bidang agropreneur juga perlu digiatkan supaya pertanian menjadi kerjaya pilihan yang bernilai tinggi. Sokongan melalui latihan, pembiayaan dan insentif mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada anak-anak Melaka.
Sebelum mengakhiri ucapan TYT Tun Seri Setia merakamkan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga adik Zara Qairina binti Mahathir yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Julai 2025 lalu yang dikaitkan dengan insiden buli di asrama sekolah.
Dalam melaksanakan kempen anti buli secara menyeluruh bagi membendung gejala buli ini sejak di peringkat sekolah rendah lagi seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, TYT Tun Seri Setia mencadangkan agar dimasukkan satu program anti buli berasaskan pendidikan dan pertandingan bertajuk ’’Kesopanan dan Kesusilaan’’ seperti yang termaktub dalam prinsip rukun negara yang kelima, bermula dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi serta pusat-pusat latihan samada awam atau swasta bagi menyemai nilai-nilai akhlak yang mulia.stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan YAA Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara

Tuesday, 26 August 2025 by tytmelaka
Kunjungan YAA Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara
23 Ogos 2025
29 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan YAA Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara di Istana Melaka, Bukit Beruang.Kunjungan YAA Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara Kunjungan YAA Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara Kunjungan YAA Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76

Tuesday, 26 August 2025 by tytmelaka
Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76
23 Ogos 2025
29 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76 daripada Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Melaka, pihak Korporat dan Persendirian di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan berkesempatan menerima dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir. TYT Tun Seri Setia juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan tanda ingatan sempena Hari Jadi TYT Tun Seri Setia yang ke-76.
YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka turut hadir menyerahkan kek Hari Jadi TYT Tun Seri Setia yang ke-76.Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76 Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76 Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8

Recent Posts

  • Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa

    Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa

    13 Oktober 2025 21 Rabiulakhir 1447H TYT Tun Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP