ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir yang merupakan pramusaji di Istana Melaka.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AlFatihah.pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China 4
26 September 2025
4 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau Daerah Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di perkarangan Masjid Al Wakil, Lubok China, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hafazan, Bercerita Kisah Dalam Al-Quran, Azan Subuh, Tulisan Khat, Tilawah, Hafazan Doa Harian dan Mewarna serta sumbangan kepada murid-murid yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan pelajar-pelajar yang DUN Ayer Limau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj
اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj. Kehormat (PA) Dato’ (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah, pengasas Restoran Mohd Chan yang telah kembali ke Rahmatullah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melihat pengembumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 2.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan takziah kepada ahli keluarga di atas kehilangan orang yang tersayang dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Taklimat akhir WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) mendengar taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship dan lawatan tapak kejohanan di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan.
Taklimat serta penerangan berkenaan kejohanan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Manakala taklimat keselamatan telah disampaikan oleh YDH. Datuk Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan.
Kejohanan WKF Karate 1 – Series A 2025 ini akan berlangsung daripada 3 – 5 Oktober 2025 yang akan disertai oleh lebih 1000 atlet daripada lebih 80 negara bertanding merebut gelaran juara dunia.Taklimat akhir WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship Taklimat akhir WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship Taklimat akhir WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
24 September 2025
2 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengiringi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Container AKMAL Challenge (CoACh) merupakan satu inovasi latihan berkonsepkan cabaran fizikal dan mental yang dirangka dalam bentuk simulasi. Ia bukan sekadar medan untuk menguji kecergasan semata-mata, tetapi juga ruang pembentukan karakter, daya tahan mental, kepimpinan serta kerja berpasukan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; dan Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka
23 September 2025
1 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka.
Majlis pada hari ini diadakan bagi memberi peluang serta waktu buat Pesara-Pesara dari era CEB/LLN/TNB untuk bertemu, beramah mesra bersama TYT Tun Seri Setia yang pada suatu ketika dahulu merupakan rakan sekerja di Central Electricity Board (CEB) di Jalan Bendahara, Melaka sebagai kerani pada Februari 1969.
TYT Tun Seri Setia sepanjang berkhidmat menggambarkan keceriaan watak dan keikhlasan perpaduan yang ditunjukkan tun kepada rakan-rakan sekerja yang berbilang kaum dan agama serta seorang yang terkenal dengan segak dan kacak semasa berkerja di sana.Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka Majlis Menghargai dan Mengukir Kenangan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bersama Pesara-Pesara CEB/LLN/TNB Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ”Legasi Bomba The Movie” di GSC AEON Bandaraya Melaka

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
ang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ''Legasi Bomba The Movie'' di GSC AEON Bandaraya Melaka
20 September 2025
27 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ”Legasi Bomba The Movie” di GSC AEON Bandaraya Melaka.
Filem ini bukan sekadar mempertontonkan aksi dramatik, malah menyelami erti sebenar semangat setiakawan, keberanian dan pengorbanan yang menjadi tunjang profesion anggota bomba tanpa takut, tanpa ragu, mereka terus melangkah, demi nyawa, demi negara.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Mantan Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Kumpulan Multimedia; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YS TPjB Tuan Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi JBPM; YS PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis. Pengarah Bahagian Udara JBPM; YS PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka.
Turut diadakan demostrasi penyelamatan mangsa akibat kebakaran oleh anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Bomba Malaysia.ang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ''Legasi Bomba The Movie'' di GSC AEON Bandaraya Melaka ang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ''Legasi Bomba The Movie'' di GSC AEON Bandaraya Melaka ang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke tayangan Khas Filem ''Legasi Bomba The Movie'' di GSC AEON Bandaraya Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan
20 September 2025
27 Rabiulawal 1447
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة.
امين.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan, seorang anggota daripada Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat semalam.
Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Encik Hamidi Bin Abu Hassan
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025)

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025)
19 September 2025
26 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) yang berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
MIHAS 2025 merupakan edisi ke-20 yang berlangsung daripada 17 hingga 20 September 2025 ini telah mencipta peluang untuk perniagaan Halal antarabangsa dan pengeksport dengan 2028 gerai pameran daripada 66 buah negara.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat reruai-reruai pameran dan pavilion negeri-negeri antaranya Pavilion Negeri Melaka, Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Negeri Perak.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU di antara Sada Holdings, Saudi & Zurif & Sons Sdn. Bhd. dan Muslim Watch Malaysia.lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak Sungai Udang

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada' Kem Terendak Sungai Udang
19 September 2025
26 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak Sungai Udang dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak dan warga emas.
Bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia yang ke-92, telah disampaikan Khutbah Khas bertajuk Angkatan Masa Hadapan: Kedaulatan Dijulang, Pertahanan Diperkasa.
Sebelum itu, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Maznah binti Mat Jidi di Bukit Bayan serta Allahyarhamah Puan Hajah Rokiah Puteh di Taman Merbuk, Bukit Katil.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada' Kem Terendak Sungai Udang Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada' Kem Terendak Sungai Udang Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid As-Syuhada' Kem Terendak Sungai Udang
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Recent Posts

  • Majlis Pementasan Teater Muzikal Sepetang di ''Mendam Berahi''

    Majlis Pementasan Teater Muzikal Sepetang di ”Mendam Berahi”

    30 Oktober 2025 8 Jamaldilawal 1447H TYT Tun Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP