ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka

Sunday, 01 June 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 3
1 Jun 2025
4 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka anjuran Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Turut hadir YB. Datuk VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBhg. Datin Sapiah binti Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) serta YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Kejohanan Liga Futsal Piala TYT yang berlangsung dari 18 Mei hingga 1 Jun 2025, disertai oleh 76 pasukan futsal lelaki dari pelbagai peringkat termasuk institusi pengajian tinggi, sektor swasta, jabatan kerajaan dan komuniti setempat. Malah, kejohanan ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pasukan dari zon selatan.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan REBELS FT yang muncul juara kejohanan ini. Tahniah juga kepada naib juara pasukan BR’D VAMOS dan ditempat ketiga pasukan TEN PM, ketiga-tiga pasukan berasal dari Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 4 Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2 Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 1
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf

Saturday, 31 May 2025 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf 1
31 Mei 2025
3 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf, Mantan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, juga mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia iaitu Cik Amilia & Pasangannya Encik Dzulfikri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga berkenan mencemar duli hadir ke majlis yang sama.
Turut hadir YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor dan YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf 2 Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf 3 Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam

Friday, 30 May 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam 1
30 Mei 2025
2 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Setelah selesai solat TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan serta mendengar taklimat Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek.
Antara projek yang dijalankan ialah Projek Pembuatan Kerisik Kampung; Projek pembuatan kaki palsu menggunakan pencetak 3D; Projek pembuatan lilin wangi menggunakan minyak masak terpakai dan Projek Sistem Ternakan Ikan Keli Mudah Alih – Portable Aqua Smart System (PASS).
Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam 2 Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam 3 Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Doa Selamat Keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad

Thursday, 29 May 2025 by tytmelaka
Majlis Doa Selamat YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 1
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Doa Selamat sempena keberangkatan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang akan berangkat bagi menunaikan ibadah Haji di Ujong Pasir, Melaka.
Majlis Doa Selamat YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 2 Majlis Doa Selamat YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 3 Majlis Doa Selamat YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera)

Thursday, 29 May 2025 by tytmelaka
Majlis Pelancaran Projek JITU - Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) 3
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek JITU – Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), World Youth Foundation (WYF) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka sempena Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang berlangsung di Grand Ballroom, Noble Resort Hotel, Melaka.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU kerjasama PERDASAMA dan Universiti Islam Antarabangsa yang telah disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia.
Majlis Pelancaran Projek JITU - Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) 2  Majlis Pelancaran Projek JITU - Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) 4Majlis Pelancaran Projek JITU - Jejak Inovasi dan Transformasi Usahawan PERDASAMA dan Pelancaran BumiAuto Nexus (Rangkaian Usahawan Automotif Bumiputera) 1
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka

Thursday, 29 May 2025 by tytmelaka
Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka 1
29 Mei 2025
1 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Dusit Princess Hotel, Melaka.
Hadir sama PYT Ms. Lada Pumas, Duta Besar Thailand ke Malaysia dan Mr. Gilles Cretallaz, COO of Dusit International Hotels & Resorts.
Dusit Princess Melaka ialah salah satu rangkaian hotel di bawah Dusit International, iaitu sebuah syarikat hospitaliti multinasional Thailand yang berpusat di Bangkok. Dusit International mempunyai rangkaian 57 buah hotel dan resort serta lebih kurang 240 villa di 18 buah negara.
Dusit Princess Melaka ini telah mula beroperasi 7 Disember 2024 dengan jumlah bilik sebanyak 296 buah.
Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka 2 Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka 3 Perasmian Dusit Princess Hotel Melaka 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2

Wednesday, 28 May 2025 by tytmelaka
Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 1
28 Mei 2025
30 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Mengenang Budi Guru anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; Encik Mohd Yusri bin Seman, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Yang Dipertua PIBG SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2.
Majlis turut meraikan guru-guru yang cemerlang dengan penyampaian sijil dan hadiah yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 4 Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 2 Majlis Mengenang Budi Guru Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Haji Abdul Malek, SMK Munshi Abdullah dan SK Infant Jesus Convent 2 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025

Monday, 26 May 2025 by tytmelaka
Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 4
26 Mei 2025
28 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Keris Laksamana, Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.
Turut hadir YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim bersama Isteri; YB. Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YB. Puan Leng Chau Yen, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
YABhg. Toh Puan turut menyempurnakan penyampaian anugerah kepada 4 ibu yang hebat iaitu Anugerah Ibu Inspirasi, Puan Hajah Zulhijah Binti Hj Abu Zarin; Anugerah Ibu Cekal, Puan Amnah Binti Ibrahim; Anugerah Ibu Usahawan, Puan Faridah Binti Musa; dan Anugerah Ibu Waja, Puan Fairuz Aziha Binti Shamsudin.
Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 1 Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 2 Perasmian Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin

Sunday, 25 May 2025 by tytmelaka
Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin 1
25 Mei 2025
27 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menyempurnakan perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YB Timbalan-Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Yang Berhormat Negeri Melaka; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam; YBhg. Prof Adjung Datuk Dr. Mohd Hasbi Bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura Merangkap Pengerusi DMDI Singapura; YBhg. Datuk Haji Said Aldi Al Idrus, Pengerusi DMDI Indonesia; YBrs Al-Hajj Mohammad Fazlul Haque, Pengerusi DMDI Bangladesh; YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohd Tahir, Penasihat Yayasan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah DMDI serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Pusat Tahfiz Yayasan DMDI ini dikendalikan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang telah menjalankan operasinya sejak awal tahun ini.
Rangkaian Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ini berpusat di Turki dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dan 22 cawangan di Malaysia antaranya di Masjid Tanah, Melaka.
Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin 2 Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin 3 Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Bukit Senggeh, Jasin 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Saturday, 24 May 2025 by tytmelaka
Kunjungan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 1
24 Mei 2025
26 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan singgah di reruai-reruai pameran buku antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Institut Terjemahana Buku Malaysia (ITBM); Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA); Negeri Pahang dan lain-lain serta membeli buku-buku yang ditawarkan.
Kunjungan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 2 Kunjungan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 3 Kunjungan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP