ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau

Thursday, 15 May 2025 by tytmelaka
Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau 4
15 Mei 2025
17 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau.
Turut hadir Yang Terhormat Bapak Dr. Drs. HM Juramadi Esram, Kepala Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau yang mewakili Gubernur Kepulauan Riau; Yang Terhormat Bapak H. Hanafi Ekra, Anggota Dewan Pewakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Kepulauan Riau dan Yang Terhormat Bapak Dato’ Wira Drs H Nazaruddin MH, Staf Khusus Gubernur.
Hadir sama YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI dan YBhg. Datuk Haji Md Nasir bin Ghani, Pengerusi DMDI Malaysia.
Majlis ini turut diserikan dengan persembahan daripada Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau antaranya gurindam, puisi dan nyanyian klasik.
Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau 2 Majlis Minum Petang bersama Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024

Tuesday, 13 May 2025 by tytmelaka
Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 3
13 Mei 2025
15 Zulkaedah 1446H
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah mengurniakan Anugerah Tokoh Sukan 2024 kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 yang diadakan di Subang, Selangor Darul Ehsan.
Majlis turut dihadiri YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Untuk rekod TYT Tun Seri Setia telah dipilih di atas kewibawaan dan ketokohan yang dijadikan contoh serta inspirasi dalam membentuk landskap dan pembangunan pengurusan sukan pada masa kini. Ini dinilai daripada dua persatuan yang dikemudikan serentak oleh TYT Tun Seri Setia iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Malaysia Karate Federation (MAKAF) yang telah membawa pelbagai kejayaan di pelbagai peringkat sehingga la menerima pengiktirafan dunia.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Olahragawan Negara 2024 kepada atlet beregu badminton kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Olahragawati Negara 2024 kepada atlet Lawn Bowl kebangsaan, Nur Farah Ain Abdullah.
Manakala anugerah-anugerah lain telah disampaikan YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia dan YB. Timbalan Menteri antaranya Anugerah Khas, Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan, Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan, Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan, Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Olahragawati Paralimpik.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Sukan 2024 ini.
Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 4 Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 2 Anugerah Tokoh Sukan 2024 sempena Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 1
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin

Sunday, 11 May 2025 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin 4
11 Mei 2025
13 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya binti Kamaludin, isteri kepada Allahyarham Datuk Wira Zaidi bin Johari, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu Encik Amirul Raziq bin Zaidi dan Pasangannya Cik Siti Farhana Aqilah binti Sahrum di D’tempat Country Club,Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Turut hadir YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah binti Tengku Nujumudin, isteri kepada YAB Menteri Luar Negeri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka.

Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin 1 Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin 2 Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim

Sunday, 11 May 2025 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim 4
10 Mei 2025
12 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim bin Datuk Abdul Latiff iaitu Cik Nur Iman binti Datuk Mohd Asyaharim & Pasangannya Encik Muhammad Arif bin Dato’ Saiful Nizam yang juga merupakan cucu kepada YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia di Mudzaffar Hotel, Melaka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin; dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim 1 Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim 2 Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Datuk Mohd Asyaharim 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka

Saturday, 10 May 2025 by tytmelaka
Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka 4
10 Mei 2025
12 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Johari Mohamad yang sedang dirawat di Hospital Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi semua pesakit di Wad A1 Hospital Melaka serta menyampaikan sumbangan peribadi.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar semua pesakit yang sedang dirawat segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka 2 Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka 3 Menziarahi YBhg. Datuk Johari Mohamad di Hospital Melaka 1
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar

Friday, 09 May 2025 by tytmelaka
Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar 4
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir mendoakan perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar iaitu besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan yang akan menunaikan Ibadah Haji.
Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar 3 Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar 1 Hadir Mendoakan Perjalanan Encik Mohd Ali bin Ahmad dan Puan Zalina binti Abu Zahar 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin

Friday, 09 May 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin 4
9 Mei 2025
11 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin 3 Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin 2 Solat Jumaat di Masjid Al Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin 1
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Jenazah bagi Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib

Tuesday, 06 May 2025 by tytmelaka
menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib 3
Innalillahiwainnailaihiroji’un
6 Mei 2025
8 Zulkaedah 1446H
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib, ibu kepada YDH. CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kasim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Masjid An-Nur Peringgit, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib 2 menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Kaasom@Kulisam binti K Gudiman Sahib 1
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 – November 1910

Monday, 05 May 2025 by tytmelaka
Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 - November 1910 4
5 Mei 2025
7 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 – November 1910 oleh Habib Sheikh bin Muhammad bin Hussein Al-Habshee dan Essentials of Islam dalam Bahasa Rusia oleh Habib Ahmad bin Zain Al-Habshee Tahun 1720 yang diadakan di Dewan ISTAC, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), Kuala Lumpur.
Hadir sama Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin; YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kerabat Diraja Pahang; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar Rektor UIAM dan YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Syed Hussein bin Abd Kadir A-Habshee, Cucunda kepada Pengarang.
Karya istimewa ini yang penuh dengan nilai sejarah, ilmu dan hikmah. Buku ini merupakan catatan kembara yang tidak hanya merakamkan perjalanan seorang ulama besar dari Haramain ke Istanbul, tetapi juga menggambarkan keindahan intelektual dan rohani yang terjalin sepanjang perjalanan tersebut.
Para ulama ini mencatatkan perjalanan kembara mereka agar menjadi rujukan umat Islam di kemudian hari. Antara catatan kembara ulama sezaman dengan Habib Shaikh Al-Habshee ialah kembara dua ulama besar Muslimin, seorang dari arah timur dunia Islam, Shaykh Jamāl al-Dīn al-Qāsimi dan seorang lagi dari arah barat dunia Islam, Syed Muhammad bin Ja’ far al-Kattānī. Menariknya, kedua-duanya mengembara pada tahun yang sama, iaitu 1321H/1903.
Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 - November 1910 3 Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 - November 1910 1 Majlis Pelancaran Buku Jejak Haramain Ke Istanbul Februari 1910 - November 1910 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad

Sunday, 04 May 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 4
4 Mei 2025
6 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 3 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 1 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP