FORGOT YOUR DETAILS?

Institusi Yang Dipertua

Institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan sebuah institusi yang tertinggi di Negeri Melaka. Ia telah diperkenalkan sejak di zaman Portugis dan diteruskan pada zaman Belanda dan Inggeris. Gabenor-Gabenor tersebut adalah lantikan daripada negara asal masing-masing. Mereka bertanggungjawab ke atas kemajuan ekonomi, politik dan sosial negeri yang dijajah.

Selepas merdeka, Malaysia mengamalkan institusi Raja Berpelembangaan di sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan manakala empat buah negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, institusi Yang di-Pertua Negeri diamalkan.

Institusi Kesultanan atau Raja adalah satu institusi turun temurun dan takhta yang dipusakai mengikut ketentuan warisan. Negeri-negeri yang mempunyai Yang di-Pertua Negeri adalah negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja. Institusi ini diamalkan berdasarkan perlantikan yang dibuat oleh Yang di-pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri dilantik untuk tempoh sepenggal atau empat tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif di dalam mana-mana aktiviti komersial.

STATISTIK & FAKTA-FAKTA

6

JUMLAH YDP NEGERI MELAKA

13

JUMLAH DARJAH KEBESARAN YDP SEKARANG

1920+

JUMLAH JAM BEROPERASI TAHUN INI

30-65

MAKLUMBALAS PELANGGAN
PAUTAN KERAJAAN
TOP