FORGOT YOUR DETAILS?

Salam 1 Malaysia.

Saya amat mengalu-alukan pelawat-pelawat ke laman sesawang Pejabat T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka. Usaha untuk mewujudkan laman sesawang daarin kedua-dua bahasa Melayu dan inggeris ini adalah sebagai salah satu daripada usaha Pejabat ini untuk memberi perkhidmatan dan pengetahuan yang berguna kepada masyarakat berkaitan dengan peranan dan fungsi Jabatan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan IT yang meluas merupakan salah satu media penting dalann mempromosikan Jabatan.

Oleh itu, Pejabat ini mengambil inisiatif untuk menggunakan laman sesawang ini sebagai salah satu ai,.t untuk memudahkan rakyat khususnya yang berada di Negeri Melaka amnya dan yang berada di luar Melaka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pejabat ini. Saya amat menghargai segala pandanga dan komen-komen dari para pelawat laman sesawang ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan da maklumat yang ada.

Semoga dengan adanya laman sesawang Pejabat T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka ini sedikit sebanyak akan dapat memudahkan urusan orang awam, Jabatan Kerajaan, pelajar-pelajar dan Badanl Badan Bukan Kerajaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Pejabat T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka ini.

Sekian, Terima Kasih.

"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II" "BERKAT, TEPAT, CEPAT"

Salam Hormat,

ENCIK MOHD HARITH BIN RAHMAD

Pemangku Setiausaha Sulit
T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka

STATISTIK & FAKTA-FAKTA

6

JUMLAH YDP NEGERI MELAKA

13

JUMLAH DARJAH KEBESARAN YDP SEKARANG

1920+

JUMLAH JAM BEROPERASI TAHUN INI

30-65

MAKLUMBALAS PELANGGAN
PAUTAN KERAJAAN
TOP
Directory Wizard powered by www.polldirectory.net