Latar Belakang

Tuan Yang Terutama Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan tekah dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan bin Syed Ibrahim, dan ibunya Raja Halimah bte Raja Abdullah. Bapanya berasal dari Sayung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok Tanjung, Kerian, Perak. Pendidikan awal yang diterima oleh Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan adalah di Sekolah Melayu Tapah. Beliau menuntut di sana selama setahun iaitu pada tahun 1942 hingga tahun 1925. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Melayu Pondok Tanjung selama 4 tahun iaitu dari tahun 1925 hingga 1929 dan seterusnya ke Clifford School, Kuala Kangsar, Perak. pada tahun 1930, beliau memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga lulus Senior Cambridge.

Tun Syed Zahiruddin telah berkahwin dengan Toh Puan Hajah Halimah binti Hj. Md. Noh pada bulan Oktober 1949. Hasil daripada perkahwinan ini, Tun Syed Zahiruddin telah dikurniakan seramai 10 orang anak. Isteri Tun Syed Zahiruddin, Toh Puan Hajah Halimah merupakan seorang surirumah yang mempunyai hobi bermain golf di masa lapang. Semasa berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin amat menitikberatkan pembangunan Negeri Melaka tidak kira dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.

Sebagai pemimpin negeri, Tun Syed Zahiruddin tidak terlepas daripada menghadiri majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Di antara tugas-tugas beliau adalah menghadiri Majlis Raja-Raja. Contohnya beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-122 di Pulau Pinang pada 27 dan 28 September 1978, merasmikan Sekolah Menengah Seri Mahkota pada 23 Julai 1983 di Umbai dan banyak lagi. Ketika masa terluang, Tun Syed Zahiruddin lebih banyak menghabiskan masa beliau dengan membaca. Di samping itu ketinggalan untuk bermain golf dan menyertai sukan menembak.

Mengenangkan jasa dan pengalaman luas yang ada pada Tun Syed Zahiruddin semasa menjalankan tugas di dalam perkhidmatan kerajaan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke V, Al-Sultan Almu'tasimu Billhi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah telah melantik Tun Syed Zahiruddin sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 19 Mei 1975.

STATISTIK & FAKTA-FAKTA

6

JUMLAH YDP NEGERI MELAKA

13

JUMLAH DARJAH KEBESARAN YDP SEKARANG

1920+

JUMLAH JAM BEROPERASI TAHUN INI

30-65

MAKLUMBALAS PELANGGAN
PAUTAN KERAJAAN
TOP