ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship

Monday, 06 October 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship
2 Oktober 2025
10 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) hadir ke Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship di Nilai, Negeri Sembilan.
Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden WKF dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Kejohanan WKF Karate 1 – Series A 2025 ini akan berlangsung daripada 3 – 5 Oktober 2025 yang akan disertai oleh lebih 1000 atlet daripada lebih 80 negara bertanding merebut gelaran juara dunia.Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 - Series A 2025 Championship
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Tengahari bersama TYT Dr. Abdullah Gul, Mantan Presiden Turkiye ke-11 dan isteri PYT Hayrunissa Gul

Monday, 06 October 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Tengahari bersama TYT Dr. Abdullah Gul, Mantan Presiden Turkiye ke-11 dan isteri PYT Hayrunissa Gul
1 Oktober 2025
9 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Tengahari bersama TYT Dr. Abdullah Gul, Mantan Presiden Turkiye ke-11 dan isteri PYT Hayrunissa Gul.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Usai selesai makan tengahari TYT Tun Seri Setia dan Mantan Presiden Turkiye menaiki River Cruise menyelusuri Sungai Melaka.
Kemudiannya lawatan diteruskan ke Masjid Tengkera dan Melaka Heritage Studio, Ayer Keroh.Majlis Makan Tengahari bersama TYT Dr. Abdullah Gul, Mantan Presiden Turkiye ke-11 dan isteri PYT Hayrunissa Gul Majlis Makan Tengahari bersama TYT Dr. Abdullah Gul, Mantan Presiden Turkiye ke-11 dan isteri PYT Hayrunissa Gul Majlis Makan Tengahari bersama TYT Dr. Abdullah Gul, Mantan Presiden Turkiye ke-11 dan isteri PYT Hayrunissa Gul
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies

Tuesday, 30 September 2025 by tytmelaka
Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies
29 September 2025
7 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies yang diadakan di Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut berkenan mencemar duli berangkat hadir ke majlis.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1; Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H

Tuesday, 30 September 2025 by tytmelaka
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H
28 September 2025
6 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin Melaka.Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H Majlis Sambutan Maulidur Rasul Akbar 1447H
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia
28 September 2025
6 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Mr. Thok Sokhom, Secretary of State; Mr. Katoeu Mohammad Nossry, Secretary of State; Ms. Sin Sokponloeu, Secretary of State; Mr. Mohammat Younes, Undersecretary of State dan Mr. Chuk Chumno, Director General, General Department of Tourism Development and International Cooperation.Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia Kunjungan Hormat daripada His Excellency Huot Hak, Menteri Pelancongan Cambodia
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025)

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025)
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025) telah diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC.
Penganjuran Visit Malaysia Travel Meet 2025 selama 3 hari ini menjadi platform strategik yang menghimpunkan lebih 400 penggiat industri pelancongan dari seluruh negara di bawah satu bumbung yang mempamerkan pameran pelancongan serta destinasi ikonik Malaysia yang menarik untuk dikunjungi sempena World Tourism Day dan Tahun Melawat Malaysia 2026.Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025) Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025) Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang turut disaksikan delegasi pelancongan dari seluruh dunia.
Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) telah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang di bumi bersejarah Melaka, sekali gus menjadi simbolik penting sektor pelancongan negara pada tahun depan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; menteri-menteri pelancongan serta delegasi luar negara yang hadir serta lain-lain kenamaan.
Turut hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Malam ini Melaka turut mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBOR) bagi sektor pelancongan apabila berjaya menghimpunkan seramai 3,224 penari yang mempersembahkan tarian zapin secara serentak.
Turut dipersembahkan 1,000 buah dron yang diterbangkan bagi membentuk pelbagai formasi sempen Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 dan bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di Encore Melaka.Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir yang merupakan pramusaji di Istana Melaka.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AlFatihah.pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir pemergian ayah kepada Cik Nur Ain binti Mohd Nasir
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China

Monday, 29 September 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China 4
26 September 2025
4 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau Daerah Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di perkarangan Masjid Al Wakil, Lubok China, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hafazan, Bercerita Kisah Dalam Al-Quran, Azan Subuh, Tulisan Khat, Tilawah, Hafazan Doa Harian dan Mewarna serta sumbangan kepada murid-murid yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan pelajar-pelajar yang DUN Ayer Limau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj

Friday, 26 September 2025 by tytmelaka
Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj
اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj. Kehormat (PA) Dato’ (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah, pengasas Restoran Mohd Chan yang telah kembali ke Rahmatullah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melihat pengembumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 2.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan takziah kepada ahli keluarga di atas kehilangan orang yang tersayang dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Recent Posts

  • Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis

    Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis

    DAULAT TUANKU DIRGAHAYU TUANKU 12 Oktober 2025 ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP