TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) dan CCM Manufacturing dan Packaging Sdn. Bhd. di Hotel Majestic, Melaka.
Simbolik pertukaran dokumen perjanjian ini telah diadakan di antara Encik Yogeswaran Nadeson, Pengerusi Eksekutif CCM bersama YBhg. Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Cara Pengiktirafan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) oleh Encik Zazali Harun, Pengerusi Eksekutif SKM kepada YBhg. Datuk Lim Sue Beng, Pengarah urusan CCM.
Kredit : Melaka Hari Ini (MHI)