TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi Kebun Durian Musang King Uncle Thing di Kampung Sungai Ruan, Raub, Pahang bagi mendengar taklimat cara pemprosesan durian untuk dieksport ke luar negara. TYT Tun Seri Setia juga turut melawat sekitar kebun durian milik Uncle Thing.
Dalam lawatan ini juga, TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat ke Karak Orchad Resort di Karak, Pahang.