TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Duta-Duta Besar dan Chargé D’ Affaires (CDA) Negara-Negara Arab.
Duta-Duta Besar dan CDA yang hadir ialah TYT Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid (Yaman), TYT Mahmoud Said Qattan (Saudi Arabia), TYT Thamer A M Adwan (Jordan), TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al-Harthi (Oman), TYT Walid A. M. Abu Ali (Palestin), TYT Dr. Hamad Mohammad Hassan Burhamah (Kuwait), TYT Saad Maandi (Algeria), TYT Ragai Rawfik Said Nasr (Egypt), TYT Dr. Nagat M. S. Elforgani (Libya), TYT Dr. Hamed Ibraheem Al-Jeboori (Iraq), TYT Mr. Omar Bouchiar (Morocco), TYT Mr. Omer Mahgoub Ahmed Oushek (Sudan) dan TYT Mr. Rashid Salem Al-Buainain (Qatar).
Turut hadir sama, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali (Ketua Menteri Melaka), YB. Datuk Zaidi bin Johari (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka), YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka) dan YB Datuk Rais Yasin (EXCO Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka).