
DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan & DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima mengadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Istana Alam Shah, Klang.
Turut berkenan hadir DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor. TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama isteri dan YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka) serta YB. Datuk Zaidi bin Johari (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka).
Baginda Tuanku telah berkenan membawa TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan serta delegasi mengelilingi kawasan Istana Alam Shah.