DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama isteri, YB Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, dan YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka.
Hadir sama YBhg. Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan YB Dato’ Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.