
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi jenazah Allahyarhamah Jidah binti Mat yang berumur 91 tahun di Kampung Bacang, Melaka.
Allahyarhamah juga adalah nenekanda kepada kakitangan di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka En. Fairouz bin Jaafar yang bertugas sebagai pemandu pejabat.