TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Lim Sue Beng, Patron Young Women’s Christian Association (YWCA) Melaka, Puan Joanne Yeoh, Presiden YWCA Malaysia dan Puan Christabell Raja Isaiah, Presiden YWCA Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menerima Cendera Kenangan sempena sambutan 100 Tahun penubuhan YWCA Malaysia dan Melaka.