
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis mencemar duli hadir ke Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2020 di Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam serta YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman turut membuat kunjungan menghadap kepada DYMM Tuanku dan DYMM Raja Perempuan sebelum bermulanya Majlis Anugerah Sanggar Sanjung.
Turut hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.