
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Asy Sujaah, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta jemaah yang hadir.