
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta isteri menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka), YB. Datuk Zaidi Bin Johari (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka), YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut mengiringi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke tempat persemayaman sepanjang Seri Paduka Baginda di Negeri Melaka