TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Wartawan dan Pengamal Media Negeri Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri Abdul Jalil bin Hamid, Penasihat Media Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI) serta wakil-wakil daripada akhbar-akhbar tempatan dan stesen television tempatan.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri serta menunaikan Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih.