![279577691_382550317218634_3379419760378666258_n Menziarahi Keluarga Allahyarham](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/05/279577691_382550317218634_3379419760378666258_n-420x280_c.jpg)
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi keluarga Allahyarham Zubir bin Attan adik kepada YB Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Serkam, yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini. TYT Tun Seri Setia turut menunaikan solat jenazah bersama YAB Ketua Menteri Melaka yang turut hadir sama menziarahi keluarga Allahyarham.