![288682959_411351574338508_3338320810220252971_n](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/06/288682959_411351574338508_3338320810220252971_n-420x280_c.jpg)
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah binti Ab Rahman, isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Canselor Universiti Geomatika Malaysia, menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Geomatika Malaysia yang berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia ( Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka juga turut hadir sebagai Tetamu Kehormat di Majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Geomatika Malaysia.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan. Majlis telah berlangsung secara gilang gemilang bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian bagi tahun 2021.