TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis penyerahan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu dua buah kereta Proton X70 dan sebuah motosikal Kawasaki GTR 1400 yang telah diserahkan oleh YDH DCP Dato’ Zainol Bin Hj Samah, Ketua Polis Melaka dan disaksikan YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.