
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan Kerja ke Albukhary International University di Alor Setar, Kedah.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia telah diberikan taklimat berkenaan cara Universiti beroperasi serta dibawa mengunjungi sekitar kawasan Universiti antaranya ialah tempat pengajian, hostel, masjid dan kafeteria.