
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Melaka Heritage Parade Sempena Festival Heritage Melaka dan Sambutan Ulang Tahun Ke-14 Melaka Bandaraya Warisan Dunia-UNESCO yang bertemakan “Warisan Sepanjang Zaman” yang diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka
YB Datuk Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Haji Zainal bin Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengiringi TYT Tun Seri Setia bagi menyempurnakan Gimik Perasmian “Melaka Heritage Festival 2022 Celebration”.