12 Februari 2023
21 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Melaka (UNIMEL) menyertai acara briskwalk bersama warga dan para pelajar UNIMEL.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Prof. Dr. Abdul Razak bin Ibrahim, Naib Canselor UNIMEL; YBhg. PPj Bersekutu (PA) Profesor Datuk Dr. Hj. Baharudin bin Hj. Puteh, Timbalan Naib Canselor UNIMEL dan Encik Baharom bin Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Gaya Hidup Kampus) UNIMEL serta hampir 1,000 orang pelajar yang menyertai program ini.
Acara briskwalk ini dijalankan di kawasan sekitar kampus UNIMEL serta kawasan kampung sekeliling universiti yang melibatkan perjalanan sejauh hampir 5km.