
22 April 2023
1 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka & Barisan EXCO, ADUN, Ahli Parlimen, Senator dan Ex-Officio Negeri Melaka di Istana Melaka.
Setelah itu TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menyambut Hari Raya bersama Kakitangan dan Polis Cawangan Istana Melaka beserta keluarga.