12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) dan YBhg. Datuk Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).