
12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Perbandaran Ke 20 Majlis Perbandaran Alor Gajah Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri AB Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Dataran Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka.
Turut YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; Tuan TPr. Saifuddin Bin Abdul Karim, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah.