
16 Mei 2023
25 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Perdana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Tahun 2023.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam; YB. Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dan YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah JKR Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan singgah gerai ke gerai serta beramah mesra bersama kakitangan JKR Melaka.