![24 OGOS – Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2023/08/24-OGOS-Majlis-Bacaan-Yasin-Dan-Munajat-Kesyukuran-Sempena-Sambutan-Hari-Jadi-Ke-74-TYT-Yang-di-Pertua-Negeri-Melaka-Hari-Pahlawan-Dan-Hari-Kebangsaan-Peringkat-Negeri-Melaka-Tahun-2023-420x280_c.jpg)
24 Ogos 2023
7 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.