
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2023.