
31 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Ceramah Perdana Merdeka Sempena Karnival Mega Jualan Agro Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 yang diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Ceramah Perdana Merdeka yang bertajuk “Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat” menampilkan YBhg. Dato’ Badli Shah, Timbalan Mufti Negeri Pahang dan Ustaz Harryanto, Penceramah bebas serta moderator oleh Ustaz Murad Ahmad, Timbalan Pegawai Hal Ehwal JAIM.