
6 Januari 2024
24 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri sekaligus menyempurnakan Perasmian Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 di adakan di Dataran Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB serta diiringi dengan paluan gendang daripada pelbagai kaum.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
31 kumpulan gendang melibatkan 543 peserta dalam dan luar negara antaranya Indonesia, Poland, Thailand, Sri Lanka dan Korea telah menampilkan keunikan masing-masingp mewarnai persembahan pada Pesta Gendang Nusantara 2024 kali ini.
Penganjuran ini secara tidak langsung memperkenalkan Melaka di mata dunia sebagai sebuah negeri warisan dan berbudaya yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia, dan ia juga memperkembang dan memperkasakan kebudayaan tradisional melayu kepada generasi muda sebagai teras kebudayaan nusantara melalui penggalakkan proses asimilasi dari persembahan pelbagai rentak dan jenis muzik tradisional serantau.
Kemuncak Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 dibahagikan kepada dua segmen iaitu di mana segmen Gabungan Pesta Gendang dan segmen kedua Gabungan artis dan Pesta Gendangan Nusantara. Turut memeriahkan majlis adalah pertunjukan bunga api pada malam kemuncak.
Pesta Gendang Nusantara 2024 turut diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai First ‘Gendang Nusantara’ Performance dan Most Performers In A ‘Gendang Nusantara’ Performance.