20 Februari 2024
10 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Melaka yang diadakan di Dataran Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Majlis dimulakan dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang membawakan watak Tunku Abdul Rahman bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka yang membawakan watak Dato’ Panglima Bukit Gantang melakonkan semula detik ketibaan menggunakan kereta bernombor pendaftaran M4442 di Padang Merdeka, Banda Hilir sebelum mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kemudiannya YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran, Presiden MIC mengkalungkan bunga malai pada YAB Perdana Menteri Malaysia (Tun VT Sambanthan mengkalungkan bunga malai pada YTM Tunku).
Seterusnya Lafaz dan Menandatangani Watikah Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri (sebagai YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) dan penyerahan “Keris Sapukal” oleh YB Datuk Hjh Kalsom binti Noordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka (Sebagai Pn. Zainab Setiausaha Wanita pada tahun 1956) diakhiri dengan laungan “Merdeka” oleh YAB Perdana Menteri.
Majlis diserikan Persembahan Teater Muzikal ‘Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Bina Negara Baru’ mengembalikan memori detik pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir pada tanggal 20 Februari 1956.