
9 Mac 2024
28 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir seraya menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Balai Istiadat, Dewan Seri Negeri, Melaka.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dikurniakan Bintang Semangat Padi-Perak (BSPP) mendahului senarai 300 penerima.
Anugerah itu merupakan kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang.
Seramai 15 perwakilan asing Persekutuan Pengakap Malaysia antaranya dari Singapura, Taiwan, Thailand, Indonesia dan lain-lain turut menerima anugerah.
Antara pingat yang turut dianugerahkan ialah Bintang Semangat Rimba-Emas (BSRE); Bintang Semangat Rimba-Perak (BSRP); Pingat Jasa Pengakap (PJP); Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG); Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC); Pingat Perkhidmatan Lama (PPL); Pingat Perkhidmatan Setia (PPS); Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN).