
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka di MITC, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada hampir 200 orang anak yatim dan asnaf yang diraikan.
Usai selesai berbuka dan Solat Maghrib TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil.