
26 Mac 2024
15 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Kem Terendak Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Panglima 3 Div dan YBhg. Mejar Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (PARA).
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih serta moreh bersama warga Kem Terendak di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Usai majlis TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pegawai syarak dan ahli jawatankuasa masjid.