![4-8 Menziarahi sahabat-sahabat lama yang dalam keuzuran](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2024/04/4-8-420x280_c.jpg)
8 April 2024
28 Ramadan 1445H
Menjelang Syawal yang bakal tiba, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengambil kesempatan menziarahi sahabat-sahabat lama yang dalam keuzuran iaitu Datuk Wira AS Khamis; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; Encik Husin Abd Karim dan Wak Khalid Sikon di kediaman mereka masing-masing.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar mereka semua dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT dari semua penyakit yang dihidapi. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada mereka.