6 Mei 2024
27 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Sambutan Mahabbah Aidilfitri 1445H/2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Hadir sama YB. Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan melawat gerai-gerai yang menyediakan juadah aidilfitri serta menyampaikan sumbangan kepada kakitangan UTeM yang terpilih mengerjakan haji tahun ini.