
8 Mei 2024
29 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pameran Defence Services ASIA (DSA) 2024 dan National Security ASIA (NATSEC) 2024 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat pempamer tempatan dan luar negara antaranya Turkiye, Iran, Korea, Afrika Selatan dan UAE yang mempamerkan kelengkapan ketenteraan dan persenjataan masing-masing seperti helikopter, kereta perisai, sistem radar, roket dan peluru berpandu.
Pameran DSA dan NATSEC yang dihos dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri merupakan pameran Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri yang terbesar di Asia yang mempamerkan teknologi dan sistem ketenteraan serta perkakasan persenjataan yang terkini dan termaju di dunia termasuklah bagi peperangan elektronik.